CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, September 30, 2014

25 Tanda Awal Kehamilan

Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah syukur pada Yang Esa sebab masih berkesempatan untuk menulis blog ini. hihi.
Diam tak diam dah nak masuk 10 weeks dah kandungan dalam perut saya ni.
Ada yang tegur baby bump macam dah nampak sikit. (tak pastilah tu buncit ke atau baby bump..hahahaa)

So entry kali ni nak cerita serba sedikit pengalaman during my pregnancy..
Ada banyak tanda-tanda kehamilan dan tak semua tanda-tanda tersebut kita akan rasainya.
So antaranya adalah seprti dibawah. Ada yang saya dapat rasa and ada yang tak rasa pun...


1. Haid sahih lewat sebab saya ni haid tetap
Walaupun saya dapat tahu saya pregnant masa kandungan 2 weeks iaitu before due period, but yes. period seterusnya memang tak datang. (Jimat duit beli sanitary pad :P)

2. Badan asyik berangin sahaja
Yes. Yang ini memang saya ada rasa. Badan terasa macam masuk angin. lagi-lagi bila bangun dari tidur. Sebab tu sejak hamil ni saya tidur pakai stokin :)

3. Selalu rasa seram sejuk, tidak boleh langsung kena air sejuk
Mungkin sesetengah orang dapat rasa tanda yang ini but saya tak mengalami gejala ini ye ...

4. Demam-demam, batuk-batuk dan selsema. Badan memang penat dan lemah sahaja.
saya tak demam, batuk or selsema. Alhamdulillah dan harap dijauhkan dari tu. Tapi memang terasa fatigue ataupun lemah badan. Terasa macam longlai je haa...Mula rasa bila kandungan dah berusia 7 weeks.

5. Puting rasa pedih
Yes. Nipple terasa pedih and sensitive sangat. Imagine terkena water from shower pun trasa sakit sikit.

6. Lidah rasa pahit dan tidak ada selera makan.
Yes. saya mengalami situasi macam ni juga. Lidah rasa serba tak kena. And memang automatic selera makan kita hilang. Tapi apa nak buat. Kena makan juga untuk si kecil ni. saya makan bubur je yang lalu.

7. Kerap buang air
Betul! Saya kerap buang air kecil. kalau kat office tu lebih dari 10 kali agaknya... kalau kat rumah pula pukul 3-5 pagi mesti akan terjaga sebab nak ke toilet.

8. Rasa pemalas sangat-sangat.
Yang ni memang ada terasa tapi kena gagahkan diri nak lawan penyakit malas ni. Sebab tak boleh biarkan. Nanti terbiasa pula. :P

9. Sakit pinggang yang amat.
Mungkin sesetengah orang akan rasa sakit pinggang but Alhamdulillah saya tak rasa.

10. Saya tidak boleh makan nasi. Jika makan, saya akan muntah
Yes. saya tak boleh makan nasi. Bila sebut pun dah rasa macam tak lalu. tak tahu kenapa. Tapi ganti kan form nasi tu sebagai bubur.

11. Saya dan suami demam serentak. Tekak rasa tidak selesa.
Saya tak rasa tanda ini.

12. Selera makan yang melampau
Tiba masa nak makan or kunyah memang susah nak stop. Ada mengalami tapi tidak lah kerap sangat.

13. Rasa sakit berdenyut pada rahim.
Tak ada tanda ni. Alhamdulillah.

14. Ada brown spotting (implantation bleeding)
Saya tak bleeding. Itu normal. Alhamdulillah. Sesetengah orang mungkin akan dapat bleeding tapi sikit je. kalau bleeding mcm 1 -2 gelas air segeralah jumpa doctor sebab kemungkinan mengalami keguguran.

15. Banyak air liur.
Ada tapi tak melampau. bila air liur banyak ni jadi loya tau.

16. Kulit berminyak dan berjerawat.
Saya tak mengalaminya. Alhamdulillah.

17. Tidak boleh tengok skrin laptop lama-lama, pening kepala dan rasa hendak muntah
Yes. saya rasa yang ni. Even screen handphone or iPad pun rasa macam nak pitam je tenung lama lama.

18. Banyak keputihan yang keluar
Yes. keputihan melanda!!

19. Degup nadi di perut makin ketara
Ya. Saya ada terasa degupan di perut.

20. Suami akan ada selera yang tinggi, senang lapar, sampai saya terpaksa layan dia makan.
Betul. Suami saya yang makan melampau.

21. Instint yang kuat sangat rasa diri memang mengandung. Memang yakin sahaja walaupun belum due haid sampai beritahu suami kata dah ada 'isi'
Ini memang saya rasa. Sebab tu saya dapat tahu saya mengandung 2 weeks. belum due period dah buat UPT. Naluri keibuan kot :)

22. Lebih sensitif terhadap bauan
memang hidung ni macam detector apa ntah. Orang tak bau lagi kita dah dapat bau dulu. bila sesuatu yang kuat tu jadi kuat betul. kadang pening rasa. Tu yang jadi tak sedap.

23. Loya/Muntah
Mula-mula pregnant tu ingat tak rasa. Bila dah masuk 7 weeks pergh!! memang tak dapat nak elak. loya pening yang orang panggil morning sickness tu. Tapi saya macam tak kira masa. Suka-suka bila je nak rasa loya and muntah.

24. Ngidam
Lumrah ibu mengandung kot mengidam ni. Benda yang diidam tu kadang benda yang tak suka. Macam saya teringin benar nak makan rusa bakar. Padahal sekali je pernah makan. Itu pun dua tahun lepas. Husband layan.... Tapi husband cakap " kalau mengidam beli kereta tu bukan mengidam tu. mengada tu :P"

25. Sakit kepala.
Kadang-kadang ada rasa sakit kepala tak senang duduk dibuatnya. masa tu nak makan panadol memang lah tak berani. Tahan je la. Tenang kan kepala ni je. Itu je ubat dia.

Banyak kan tanda-tanda kehamilan ni. Actually banyak lagi tau. Tapi ni semua pengalaman. pengalaman yang sangat bermakna.
Bila dah rasa pengalaman macam ni, terasa macam seronok dilahirkan sebagai perempuan.
Lelaki tak merasa semua ni.
Walaupun sesetengah tanda tu macam mengundang rasa tak selesa, but bila fikirkan dia yang dalam rahim ni, semua terasa indah. Sakit pun jadi indah. Pelik kan :)


Tuesday, September 9, 2014

Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan

:: Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan ::

-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"