CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, April 6, 2015

9 months and almost there!!

Assalamualaikum w.b.t

Agak lama juga menyepi. Seronok sangat and enjoy my pregnancy moment lah katakan 😁😁😁😁

So this is the month I've been waiting for. Yes! Waiting for new family member. Waiting for my very 1st child. My bundle of joy. I can't wait. Nothing can express my feelings right now. 

Sekarang dah 9 months plus. So macam macam perasaan ada. Happy of course. Excited, totally. Tak kurang juga rasa berdebar-debar sangat. Rasa nervous lah. Maklum lah I tak pernah masuk hospital pr admitted. And ada satu lagi perasaan... Sayu... Yes! I rasa sayu... Sayu nak say goodbye to my pregnancy journey. Memang betul orang kata. Pregnancy moment or journey is really amazing. And cannot describe by word. The best feelings ever. Happened between you and the baby. Only two of us yang dapat rasa each other. 

Okay. So far preparation semua well done. Alhamdulillah dah prepare semuanya. Barang baby, my barang untuk bawa ke hospital pun dah ready je 😊

Now, prepare for mental and physical. Nak pergi bersalin ni dia punya risau macam nak pergi berperang. Nak kena kumpul tenaga. Oh ya! I still consume Shaklee set mengandung. InsyaAllah berpantang pun dengan set shaklee juga 😊😍

Since dah lama tak update blog, jom I belanja pic masa pregnant. Mana tahu lepas dah bersalin ni rindu nak tengok berbadan dua kan. 

Me at Cameron Highland. 7 months little baby in my tummy 😍


Haaa masa ni baru masuk 9 months. Bulat kann


Pandangan dari hadapan. Hihi

Okay lah. I dah penat menaip. Nanti kalau diberi kesempatan, i will write more okay 

Xoxo 💋💋


Monday, December 1, 2014

Hello December!

Assalamualaikum w.b.t. 

Alhamdulillah kita dah masuk bulan Disember. Bermakna bulan depan masuk tahun baru. So far Alhamdulillah, azam yang Awin target mostly tercapai dengan izin Allah. Hihi. So apa azam tahun depan? Future post nanti kita cerita lah ye. 

Oh, Alhamdulillah syukur sebab dikurniakan kesihatan yang baik. Kandungan pun baik. Tak nakal-nakal.  Dah 18 weeks + dah diam tak diam. Dah dapat rasa baby bergerak. Tapi sebab dia kecil lagi, so tak dapat nak tengok dari luaran. Kena letak tapak tangan baru dapat rasa. Terharu sangat bila dapat rasa. Rasa seronok sangat-sangat. Baby active waktu pagi and tengah malam. So, lately ni pun asyik tidur lewat je sebab main dengan perut hihihi. 

Baby bump? Memang dah jadi macam attention dah. Mesti orang perasan ada nyawa dalam rahim ni 😊😍

Ni masa 17 weeks

This one pulak masa 18 weeks

Esok ada check up kat Klinik Kesihatan. Harap sangat everythings gonna be fine 😊
 And yang paling tak sabar sekali nak pergi scan this coming Thursday 😍

Nanti kita update lagi ye. Oh ya. Hari tu masa 22/11/2014, ada maternity expo. So apa lagi borong sakan masa expo tu. Macam-macam Awin grab! Mattress set with pillow and bolster by ComfyBaby, bottle and teats by tommy tippie, baby napkins, tikar mandi baby, barang mandian baby, swaddle baby la dan macam-macam lagi. 

Ok lah. Penat menaip! Nanti kita cerita lagi ye 😘


Friday, November 14, 2014

Trimester kedua: 4 bulan

Hello readers!!
Sorry keadaan sangat sibuk dengan kehidupan seharian sampai terlupa nak update. 

Alhamdulillah...baby dalam kandungan dah masuk 4 bulan. Kiranya dah masuk trimester kedua.  Masa scan ni baru 14 minggu. 😊

Doctor cakap baby sihat. Subhanallah!! Kagum dengan ciptaan Allah, Awin dapat tengok dengan mata Awin sendiri, ada nyawa di dalam perut Awin. Awin nampak mata dia, telinga dia, mulut fia yang terkumat-kamit, hidung dia..alhamdulillah sangat!!! Baby membesar dengan sihat. 

Due date masih sama macam previous check up iaitu 30 April 2015. Apa yang belum pasti adalah jantina baby. Tak kita lelaki atau perempuan, Awin dan husband terima rezeki pemberian Allah ini dengan rasa syukur. 

Oh ya! Masa check up hari tu kena minum air gula. Alhamdulillah dipermudahkan. Air gula tidaklah seburuk yang dikhabarkan. Tips nak minum air gula ni senang je. Masa minum tu jangan minum slow-slow. Sebab rasa manis tu akan buat tekak kita mual and muntah. Sebabnya mommy yang kena minum air gula hendaklah berpuasa malam sebelum hari minum air gula tu. Jadi perut kosong, kalau minum slow-slow, angin akan tolak and keluarkan balik air gula tu. Awin minum laju-laju je. Hehehe. Kalau muntah balik kena ulang semua. Nasib baik tak kena ulang semula. 

Overall semua nya oka. Hb darah pun ok, blood pressure pun ok, berat pun ok. Alhamdulillah. Moga dipermudahkan segalanya. 

Friday, October 24, 2014

Goodbye Trimester Pertama

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Dah sampai di penghujung trimester pertama Awin. Feeling excited tu mesti lah ada kan. Mana tak nya, first time pregnant mestilah teruja sangat. Kalau ikut kan hati ni, nak je pergi scan hari-hari. Terutama sekali bila terasa macam sedih, ada masalah, bila teringat pada si kecil di dalam rahim ni, terus perasaan tak baik tu semua hilang. Yang datang hanya perasaan gembira, teruja.. Masa tu mulalah bermonolog dengan diri sendiri. Lantak lah orang nak cakap tak betul ke apa. Yang penting, hari-hari nak bercerita pada baby. Tapi tak boleh cerita masalah kita yang tengah menjalani kehidupan seharian. Cuma boleh cerita perkara baik je. Itu kan lebih baik 😊

Minggu ni dah masuk 13 weeks dah usia baby dalam alam rahim, alam sebelum kelahiran. Hari ni baru nak cerita, 10 october lepas, masa tulah dapat sakit gigi. Dia punya sakit, wow!! Hanya mampu berdoa pada Allah supaya dapat kurangkan. Wisdom tooth nak tumbuh masa-masa pregnant ni. Nak buat macam mana kan. Maka kita pergi jumpa dentist. Then jumpa OB & GYN. 

Alang-alang dah jumpa OB & GYN, kita scan lah sekali. Nak tengok perkembangan junior dalam tummy ni 😘

Tadaa....... 


Awww. Rasa surprise bila tengok baby. Mana tak nya, masa sebulan lepas saiz dia baru 1cm mcm tu. Korang cuba amik pembaris, ukur 1cm tu besar mana. Masa tu bentuk pun tak nampak lagi. Tiba visit kali ni, Subhanallah....kagum sangat dengan ciptaanNya. Seriously, rasa nak menangis masa ni. Oh lupa nak cakap, masa scan ni baby baru 11 weeks plus. Panjang di 5cm lebih macam tu.

Oh y. Kenapa nak rasa menangis masa ni. Sebab kita dari luar tak dapat rasa apa-apa, walaupun masa scan tu baby bukan main ligat bergerak-gerak. Husband pun turut excited!! Masa tu nampak kaki dia macam menendang. Bila doctor tanya "Azwin, do you feel anything". Aku terus balas "i only feel excited!!" Yes. Saya tak rasa tendangan baby lagi. But baby memang dah start kicking masa ni. Dah lepas dia kick tu, dia bergerak pulak. The best part yang memang menggelikan hati tengok, dia macam swimming and bergolek dalam tu. Dalam hati saya cuma "golek lah sayang ikut suka kamu, yang penting kamu sihat walafiat.." 

Oh ya.. Actually 3 hari sebelum pergi scan tu, saya pergi buat buku pink. Excited kan buat buku pink awal. Bukan apa, kalau ada sebarang masalah, boleh prevent awal-awal. Tak salah kan? 😊
Saya buat di Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam. sana tak lah terlalu padat. Orang selalu cakap service klinik kerajaan tak bagus, but pada saya okay je. Semua friendly. 

Hasil dari first visit tu baik sangat, Hb darah, tekanan darah, kandungan gula, berat, semuanya baik Alhamdulillah. Moga kekal sihat sampai bersalin nanti. TAPI.... Disebabkan ayah saya ada penyakit kencing manis, maka next visit saya kena minum air gula. Suka ke tidak suka, kena minum. Orang cakap air gula tu sangat tak best. Apa-apa pun saya harap saya boleh habiskan air gula tanpa muntah balik. Huhuhu 😝

Alright. Got to go now. Nanti kita update lagi ye 💋💋💋💋