CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 1, 2014

Hello December!

Assalamualaikum w.b.t. 

Alhamdulillah kita dah masuk bulan Disember. Bermakna bulan depan masuk tahun baru. So far Alhamdulillah, azam yang Awin target mostly tercapai dengan izin Allah. Hihi. So apa azam tahun depan? Future post nanti kita cerita lah ye. 

Oh, Alhamdulillah syukur sebab dikurniakan kesihatan yang baik. Kandungan pun baik. Tak nakal-nakal.  Dah 18 weeks + dah diam tak diam. Dah dapat rasa baby bergerak. Tapi sebab dia kecil lagi, so tak dapat nak tengok dari luaran. Kena letak tapak tangan baru dapat rasa. Terharu sangat bila dapat rasa. Rasa seronok sangat-sangat. Baby active waktu pagi and tengah malam. So, lately ni pun asyik tidur lewat je sebab main dengan perut hihihi. 

Baby bump? Memang dah jadi macam attention dah. Mesti orang perasan ada nyawa dalam rahim ni 😊😍

Ni masa 17 weeks

This one pulak masa 18 weeks

Esok ada check up kat Klinik Kesihatan. Harap sangat everythings gonna be fine 😊
 And yang paling tak sabar sekali nak pergi scan this coming Thursday 😍

Nanti kita update lagi ye. Oh ya. Hari tu masa 22/11/2014, ada maternity expo. So apa lagi borong sakan masa expo tu. Macam-macam Awin grab! Mattress set with pillow and bolster by ComfyBaby, bottle and teats by tommy tippie, baby napkins, tikar mandi baby, barang mandian baby, swaddle baby la dan macam-macam lagi. 

Ok lah. Penat menaip! Nanti kita cerita lagi ye 😘


Friday, November 14, 2014

Trimester kedua: 4 bulan

Hello readers!!
Sorry keadaan sangat sibuk dengan kehidupan seharian sampai terlupa nak update. 

Alhamdulillah...baby dalam kandungan dah masuk 4 bulan. Kiranya dah masuk trimester kedua.  Masa scan ni baru 14 minggu. 😊

Doctor cakap baby sihat. Subhanallah!! Kagum dengan ciptaan Allah, Awin dapat tengok dengan mata Awin sendiri, ada nyawa di dalam perut Awin. Awin nampak mata dia, telinga dia, mulut fia yang terkumat-kamit, hidung dia..alhamdulillah sangat!!! Baby membesar dengan sihat. 

Due date masih sama macam previous check up iaitu 30 April 2015. Apa yang belum pasti adalah jantina baby. Tak kita lelaki atau perempuan, Awin dan husband terima rezeki pemberian Allah ini dengan rasa syukur. 

Oh ya! Masa check up hari tu kena minum air gula. Alhamdulillah dipermudahkan. Air gula tidaklah seburuk yang dikhabarkan. Tips nak minum air gula ni senang je. Masa minum tu jangan minum slow-slow. Sebab rasa manis tu akan buat tekak kita mual and muntah. Sebabnya mommy yang kena minum air gula hendaklah berpuasa malam sebelum hari minum air gula tu. Jadi perut kosong, kalau minum slow-slow, angin akan tolak and keluarkan balik air gula tu. Awin minum laju-laju je. Hehehe. Kalau muntah balik kena ulang semua. Nasib baik tak kena ulang semula. 

Overall semua nya oka. Hb darah pun ok, blood pressure pun ok, berat pun ok. Alhamdulillah. Moga dipermudahkan segalanya. 

Friday, October 24, 2014

Goodbye Trimester Pertama

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Dah sampai di penghujung trimester pertama Awin. Feeling excited tu mesti lah ada kan. Mana tak nya, first time pregnant mestilah teruja sangat. Kalau ikut kan hati ni, nak je pergi scan hari-hari. Terutama sekali bila terasa macam sedih, ada masalah, bila teringat pada si kecil di dalam rahim ni, terus perasaan tak baik tu semua hilang. Yang datang hanya perasaan gembira, teruja.. Masa tu mulalah bermonolog dengan diri sendiri. Lantak lah orang nak cakap tak betul ke apa. Yang penting, hari-hari nak bercerita pada baby. Tapi tak boleh cerita masalah kita yang tengah menjalani kehidupan seharian. Cuma boleh cerita perkara baik je. Itu kan lebih baik 😊

Minggu ni dah masuk 13 weeks dah usia baby dalam alam rahim, alam sebelum kelahiran. Hari ni baru nak cerita, 10 october lepas, masa tulah dapat sakit gigi. Dia punya sakit, wow!! Hanya mampu berdoa pada Allah supaya dapat kurangkan. Wisdom tooth nak tumbuh masa-masa pregnant ni. Nak buat macam mana kan. Maka kita pergi jumpa dentist. Then jumpa OB & GYN. 

Alang-alang dah jumpa OB & GYN, kita scan lah sekali. Nak tengok perkembangan junior dalam tummy ni 😘

Tadaa....... 


Awww. Rasa surprise bila tengok baby. Mana tak nya, masa sebulan lepas saiz dia baru 1cm mcm tu. Korang cuba amik pembaris, ukur 1cm tu besar mana. Masa tu bentuk pun tak nampak lagi. Tiba visit kali ni, Subhanallah....kagum sangat dengan ciptaanNya. Seriously, rasa nak menangis masa ni. Oh lupa nak cakap, masa scan ni baby baru 11 weeks plus. Panjang di 5cm lebih macam tu.

Oh y. Kenapa nak rasa menangis masa ni. Sebab kita dari luar tak dapat rasa apa-apa, walaupun masa scan tu baby bukan main ligat bergerak-gerak. Husband pun turut excited!! Masa tu nampak kaki dia macam menendang. Bila doctor tanya "Azwin, do you feel anything". Aku terus balas "i only feel excited!!" Yes. Saya tak rasa tendangan baby lagi. But baby memang dah start kicking masa ni. Dah lepas dia kick tu, dia bergerak pulak. The best part yang memang menggelikan hati tengok, dia macam swimming and bergolek dalam tu. Dalam hati saya cuma "golek lah sayang ikut suka kamu, yang penting kamu sihat walafiat.." 

Oh ya.. Actually 3 hari sebelum pergi scan tu, saya pergi buat buku pink. Excited kan buat buku pink awal. Bukan apa, kalau ada sebarang masalah, boleh prevent awal-awal. Tak salah kan? 😊
Saya buat di Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam. sana tak lah terlalu padat. Orang selalu cakap service klinik kerajaan tak bagus, but pada saya okay je. Semua friendly. 

Hasil dari first visit tu baik sangat, Hb darah, tekanan darah, kandungan gula, berat, semuanya baik Alhamdulillah. Moga kekal sihat sampai bersalin nanti. TAPI.... Disebabkan ayah saya ada penyakit kencing manis, maka next visit saya kena minum air gula. Suka ke tidak suka, kena minum. Orang cakap air gula tu sangat tak best. Apa-apa pun saya harap saya boleh habiskan air gula tanpa muntah balik. Huhuhu 😝

Alright. Got to go now. Nanti kita update lagi ye 💋💋💋💋

Thursday, October 16, 2014

SPLENDIZASHOPPE: Offer Promosi Contact Lens Murah Dan Berkualiti

Assalamualaikum w.b.t..

Sejuk nya.. Sekarang ni musim hujan.
Jadi kepada yang sensitif dengan perubahan cuaca tu, banyak kan minum air, kurangkan aktiviti luar rumah.

Kali ni nak cerita pasal CONTACT LENS
Ramai follower blog ni tak tahu saya jual contact lens online..
Now tengah buat offer


PROMOSI SEHINGGA 31 OCTOBER 2014

CODE: CANDY HANA 3 TONE

COLOR: BROWN, GREY, BLUE, VIOLET, GREEN & PINK

DEGREE: 0 TO 8.00

Jom grab!
Nak borong pun boleh..
visit : http://splendizashoppe.blogspot.com

 

Tuesday, September 30, 2014

25 Tanda Awal Kehamilan

Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah syukur pada Yang Esa sebab masih berkesempatan untuk menulis blog ini. hihi.
Diam tak diam dah nak masuk 10 weeks dah kandungan dalam perut saya ni.
Ada yang tegur baby bump macam dah nampak sikit. (tak pastilah tu buncit ke atau baby bump..hahahaa)

So entry kali ni nak cerita serba sedikit pengalaman during my pregnancy..
Ada banyak tanda-tanda kehamilan dan tak semua tanda-tanda tersebut kita akan rasainya.
So antaranya adalah seprti dibawah. Ada yang saya dapat rasa and ada yang tak rasa pun...


1. Haid sahih lewat sebab saya ni haid tetap
Walaupun saya dapat tahu saya pregnant masa kandungan 2 weeks iaitu before due period, but yes. period seterusnya memang tak datang. (Jimat duit beli sanitary pad :P)

2. Badan asyik berangin sahaja
Yes. Yang ini memang saya ada rasa. Badan terasa macam masuk angin. lagi-lagi bila bangun dari tidur. Sebab tu sejak hamil ni saya tidur pakai stokin :)

3. Selalu rasa seram sejuk, tidak boleh langsung kena air sejuk
Mungkin sesetengah orang dapat rasa tanda yang ini but saya tak mengalami gejala ini ye ...

4. Demam-demam, batuk-batuk dan selsema. Badan memang penat dan lemah sahaja.
saya tak demam, batuk or selsema. Alhamdulillah dan harap dijauhkan dari tu. Tapi memang terasa fatigue ataupun lemah badan. Terasa macam longlai je haa...Mula rasa bila kandungan dah berusia 7 weeks.

5. Puting rasa pedih
Yes. Nipple terasa pedih and sensitive sangat. Imagine terkena water from shower pun trasa sakit sikit.

6. Lidah rasa pahit dan tidak ada selera makan.
Yes. saya mengalami situasi macam ni juga. Lidah rasa serba tak kena. And memang automatic selera makan kita hilang. Tapi apa nak buat. Kena makan juga untuk si kecil ni. saya makan bubur je yang lalu.

7. Kerap buang air
Betul! Saya kerap buang air kecil. kalau kat office tu lebih dari 10 kali agaknya... kalau kat rumah pula pukul 3-5 pagi mesti akan terjaga sebab nak ke toilet.

8. Rasa pemalas sangat-sangat.
Yang ni memang ada terasa tapi kena gagahkan diri nak lawan penyakit malas ni. Sebab tak boleh biarkan. Nanti terbiasa pula. :P

9. Sakit pinggang yang amat.
Mungkin sesetengah orang akan rasa sakit pinggang but Alhamdulillah saya tak rasa.

10. Saya tidak boleh makan nasi. Jika makan, saya akan muntah
Yes. saya tak boleh makan nasi. Bila sebut pun dah rasa macam tak lalu. tak tahu kenapa. Tapi ganti kan form nasi tu sebagai bubur.

11. Saya dan suami demam serentak. Tekak rasa tidak selesa.
Saya tak rasa tanda ini.

12. Selera makan yang melampau
Tiba masa nak makan or kunyah memang susah nak stop. Ada mengalami tapi tidak lah kerap sangat.

13. Rasa sakit berdenyut pada rahim.
Tak ada tanda ni. Alhamdulillah.

14. Ada brown spotting (implantation bleeding)
Saya tak bleeding. Itu normal. Alhamdulillah. Sesetengah orang mungkin akan dapat bleeding tapi sikit je. kalau bleeding mcm 1 -2 gelas air segeralah jumpa doctor sebab kemungkinan mengalami keguguran.

15. Banyak air liur.
Ada tapi tak melampau. bila air liur banyak ni jadi loya tau.

16. Kulit berminyak dan berjerawat.
Saya tak mengalaminya. Alhamdulillah.

17. Tidak boleh tengok skrin laptop lama-lama, pening kepala dan rasa hendak muntah
Yes. saya rasa yang ni. Even screen handphone or iPad pun rasa macam nak pitam je tenung lama lama.

18. Banyak keputihan yang keluar
Yes. keputihan melanda!!

19. Degup nadi di perut makin ketara
Ya. Saya ada terasa degupan di perut.

20. Suami akan ada selera yang tinggi, senang lapar, sampai saya terpaksa layan dia makan.
Betul. Suami saya yang makan melampau.

21. Instint yang kuat sangat rasa diri memang mengandung. Memang yakin sahaja walaupun belum due haid sampai beritahu suami kata dah ada 'isi'
Ini memang saya rasa. Sebab tu saya dapat tahu saya mengandung 2 weeks. belum due period dah buat UPT. Naluri keibuan kot :)

22. Lebih sensitif terhadap bauan
memang hidung ni macam detector apa ntah. Orang tak bau lagi kita dah dapat bau dulu. bila sesuatu yang kuat tu jadi kuat betul. kadang pening rasa. Tu yang jadi tak sedap.

23. Loya/Muntah
Mula-mula pregnant tu ingat tak rasa. Bila dah masuk 7 weeks pergh!! memang tak dapat nak elak. loya pening yang orang panggil morning sickness tu. Tapi saya macam tak kira masa. Suka-suka bila je nak rasa loya and muntah.

24. Ngidam
Lumrah ibu mengandung kot mengidam ni. Benda yang diidam tu kadang benda yang tak suka. Macam saya teringin benar nak makan rusa bakar. Padahal sekali je pernah makan. Itu pun dua tahun lepas. Husband layan.... Tapi husband cakap " kalau mengidam beli kereta tu bukan mengidam tu. mengada tu :P"

25. Sakit kepala.
Kadang-kadang ada rasa sakit kepala tak senang duduk dibuatnya. masa tu nak makan panadol memang lah tak berani. Tahan je la. Tenang kan kepala ni je. Itu je ubat dia.

Banyak kan tanda-tanda kehamilan ni. Actually banyak lagi tau. Tapi ni semua pengalaman. pengalaman yang sangat bermakna.
Bila dah rasa pengalaman macam ni, terasa macam seronok dilahirkan sebagai perempuan.
Lelaki tak merasa semua ni.
Walaupun sesetengah tanda tu macam mengundang rasa tak selesa, but bila fikirkan dia yang dalam rahim ni, semua terasa indah. Sakit pun jadi indah. Pelik kan :)


Tuesday, September 9, 2014

Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan

:: Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan ::

-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

Wednesday, August 20, 2014

Positive

assalamualaikum w.b.t

Hai readers.. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas dan menulis blog ni..
Lately ni hati bunga-bunga skaura gituh.. pasalnya...

JENG JENG JENG!!

Okay...Last Sunday, I ada buat UPT. Tahu tak UPT tu apa? Pi tanya Mr. Google.. UPT is Urine Pregnancy Test.. Mesti pelik kan macam mana lah tiba-tiba nak test pulak kan. Sedangkan tak rasa apa-apa perubahan diri.

Meh I ceritakan, asal nya in TTC mode. So I ada install satu application dalam Ipad I. Apps ni sesuai untuk orang yang TTC. nama Apps tu Glow Apps korang boleh click untuk download ye. Memang apps ni bagus. Bantu kita cari masa yang sesuai, masa yang subur dan sebagainya. So dalam apps ni lah I masukkan details harian. Macam bila masa period, apa mood I, bila I bersama suami, apa temperature, berat, CM check, bla bla bla....oh ya.. I ada makan set kesuburan Shaklee.. I makan ESP + GLA Complex + Alfafa

I pun install dah 3 bulan pakai apps ni. Okay nak dijadikan cerita, first day period in last cycle is on 23/07/2014. So kalau ikut kan my next perion will be on 19/08/2014. Dua hari before period due, Glow apps ni popup notification duk sibuk suruh buat pregnancy test. Dengan rasa selamba nya and tak expect apa pun actually sebab rasa macam awal. I pun pergi memborong di Guardian. Kemain lagi sampai 5 tester I beli. Huhu...

So the next morning, Sunday 17/08/2014, I test guna Dip N Tell strip. Senang je pakai strip sebab kita celup je dalam container berisi urine kita. Celup sampai yang ada tulis max then tarik naik atas. Wait 1 minutes and tadaa... This is the result. Oh ya result tahan 5 minit je ye.. Lepas 5 minit result jadi tak betul dah.

kalau you all perasan, ada line merah very light sangat. Ni I test masa bangun dari tidur hari Ahad.

Okay, so terasa macam "Ye ke ni aku pregnant", "Ntah-ntah tester ni rosak. Okay tak apa.. Monday kita test lagi ye..

On Monday, 18/08/2014, pagi tu tak sempat nak test. So pergi kerja macam biasa lah. Balik je kerja macam tak ada nak buat apa. So kepala ni teringat nak buat UPT lagi. Capai UPT dalam bilik and here we go... Oh ya.. Kita pakai UPT brand Dip N Tell lagi.. sebab beli 2 test sekali in a box. Jimat sikit ^_^
Kali ni Result ada line merah and I rasa cerah dari sebelumnya...



Tengok tu, walaupun samar-samar but dah makin kelihatan..

So kawan ada cakap, cuba pakai yang UPT jenis kit punya. jenis yang closure macam tu lah. So, untuk yang closure punya I guna on Tuesday, 19/08/2014. bangun pagi sebelum nak mandi tu, I pergi buat UPT. I still got the same result tau. POSITIVEE!!!!

Ni las UPT jenis kit punya.. macam cassette kan.. Kena drop 2-3 titik kat tempat hujung tu...

So, I dah start jaga pemakanan, tak boleh lasak-lasak. Kawan I suggest pergi jumpa doctor. So I pun pergi la. Nak menangis rasa bila teringat balik.

Doctor: Ye, ada apa?
Me: Saya nak doctor sahkan saya hamil atau tidak. 3 hari dah saya buat UPT kat rumah dan semuanya positif.
Doctor: Bila last kamu period?
Me: 23/7/2014
Doc: Hah?? Baru je lagi dah nak cek. Mesti negatif. Tak perlu buang masa. Mana ada orang mengandung lepas period. Datang bila 2-3 minggu tak period.

I dengan rasa hiba masa tu, and rasa sedih teramat terus balik. menangis gak lah masa tu. Bukan apa. Tujuan nak check, manalah tahu kan kalau betul I positive, so I dah prepare nak jaga pemakanan, jaga diri I and sebagainya. Malah I nak makan vitamin untuk kesihatan me and kandungan. So I pun balik.

Sampai rumah, I rasa down. Kawan I bagi semangat.. I pun rasa geram, I buat UPT terakhir...Kali ni I pakai yang branded punya. Clear Blue. Walaupun bukan digital but still mahal tau :P
So dapat lagi clear result it's positive..



Kan clear tu..POSITIVE lagi.. :))))))

Dalam masa tenung pregnancy test tu, I teringat kawan I doctor. So I whatsapp dia minta pendapat..And dia tanya I lebih details about my period lah cycle la. Then I whatsapp pic all pregnancy test yang I dah buat.

Part ni rasa nak menangis!! Sebab dia reply "Awin, according to my specialist, you're pregnant! Congratulation!" Dia siap cakap kalau dikira-kira I dah pregnant about 2-3 weeks. And dia siap bagi Estimate Due Date which is end of April 2015. I rasa terharu sangat. Yelah. rezeki Allah bagi tak kira masa. Yang doctor tu boleh bagi kata putus before buat sebarang ujian kat aku. sabar je lah.

Syukur sangat bila dapat tahu ada yang huni dalam rahim ni. Rasa macam satu perasaan yang sukar digambarkan. And bila I tahu je, I terus jadi berhati-hati dengan segala hal. Ye lah, pemberian Allah kan amanat untuk kita jaga..

I belum buat check up lagi. Belum visit doctor lagi. Belum buat ultrasound lagi. Sebab nya rasa macam trauma je jumpa doctor since case semalam. hahaha. I will not go and see doctor alone anymore. I will come with my husband. Probably this Saturday. Feel so excited!!

Ya Allah, terima kasih untuk pemberian ini. Lindungi kami dari segala malapetaka dan kecelakaan. Amin Ya Rabbal Al-Amin...