CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 14, 2014

Trimester kedua: 4 bulan

Hello readers!!
Sorry keadaan sangat sibuk dengan kehidupan seharian sampai terlupa nak update. 

Alhamdulillah...baby dalam kandungan dah masuk 4 bulan. Kiranya dah masuk trimester kedua.  Masa scan ni baru 14 minggu. 😊

Doctor cakap baby sihat. Subhanallah!! Kagum dengan ciptaan Allah, Awin dapat tengok dengan mata Awin sendiri, ada nyawa di dalam perut Awin. Awin nampak mata dia, telinga dia, mulut fia yang terkumat-kamit, hidung dia..alhamdulillah sangat!!! Baby membesar dengan sihat. 

Due date masih sama macam previous check up iaitu 30 April 2015. Apa yang belum pasti adalah jantina baby. Tak kita lelaki atau perempuan, Awin dan husband terima rezeki pemberian Allah ini dengan rasa syukur. 

Oh ya! Masa check up hari tu kena minum air gula. Alhamdulillah dipermudahkan. Air gula tidaklah seburuk yang dikhabarkan. Tips nak minum air gula ni senang je. Masa minum tu jangan minum slow-slow. Sebab rasa manis tu akan buat tekak kita mual and muntah. Sebabnya mommy yang kena minum air gula hendaklah berpuasa malam sebelum hari minum air gula tu. Jadi perut kosong, kalau minum slow-slow, angin akan tolak and keluarkan balik air gula tu. Awin minum laju-laju je. Hehehe. Kalau muntah balik kena ulang semua. Nasib baik tak kena ulang semula. 

Overall semua nya oka. Hb darah pun ok, blood pressure pun ok, berat pun ok. Alhamdulillah. Moga dipermudahkan segalanya. 

0 kumint:

Post a Comment