CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 27, 2010

lelaki pramatang

Aku dapat rasakan banyak perubahan berlaku di sekeliling ku. Dalam kitaran hidup aku seharian. Ada yang binggung dengan diri sendiri, ada yang baru mengelani erti kehidupan dan ada pula yang masih meneruskan pencarian cinta (walaupun tahu yang jodoh di tangan Allah, tidak perlu dicari. suatu masa pasti akan hadir). oh tidak!Aku bukan lah termasuk dalam kategori yang aku senaraikan sebentar tadi, cuma aku sedang bingung dengan kawan kawan di sekeliling aku.

Kenapa aku bingung tentang itu? Bagaimana boleh perasaan itu timbul? Sejak bila aku terasa sebegini? Jawapan nya satu : ENTAHLAH. Tetapi, aku tetap memaksa diri dan otak ini berfikir, apa punca nya. Mungkin kejadian kelmarin sedikit sebanyak mempengaruhi otak aku.

Setiap manusia ada kekurangan nya. betul tak? Sama lah seperti diri aku. Aku tahu aku pun ada kekurangan. Tetapi Kau! Ya kau lelaki yang dayus! Kau pun ada kekurangan nya. Kekurangan kau, kau ini hidup ibarat lalang. Tak ada pendirian hidup langsung. Aku tak kisah langsung untuk kau respect aku ataupun tidak, tetapi kau perlu sedar. Yang diri kau tak lah sesempurna mana pun. Takkan aku nak cakap kat telinga kau hari hari, "wey, takde orang yang perfect'. Tolong lah sedar.

Aku masih sabar bila kau tengking aku. di depan kawan kawan yang lain dan juga pensyarah. Sebab aku tak nak hilang timbang rasa aku pada kau. Kau perlu sedar. Jauh lagi perjalanan hidup kau. Kau tu baru lepas alam persekolahan, dan baru sebulan melangkah ke alam Universiti. Tapi lagak kau macam budak baru nak ambil Master. memang dahsyat lah perangai kau! Harap harap hari lahir kau akan datang, orang akan hadiah kan cermin sebesar cermin kat diding rumah aku. Supaya kau boleh tatap diri kau dan nilai diri kau dan mungkin TENGKING lah diri kau tu. Bukan aku yang kau patut tinggi kan suara. Seabab kesalahan itu datang dari dir kau sendiri wahai anak Adam!

Kau tahu kelas pagi ada. Aku pula tak tahu. Sumpah demi Allah SWT aku tak tahu ada kelas. Lalu pagi itu kau menghubungi aku. Kau sendiri kata kau malas nak pergi memandangkan aku tak per. Tambahan pula kawan baik kau tak balik lagi kan. Petang itu pula, kau cakap dengan kawan kawan aku yang aku ni penyebab kau tak pergi kelas. Wahai hamba Allah, mulut kau sebusuk longkang memfitnah aku sebegitu rupa. aku takkan maafkan kau, sehingga kau sendiri datang kat aku dan sedar akan perbuatan kau ini. Aku nak dengar sendiri kau minta maaf. Barulah aku maaf kan! Tujuan aku buat sebegitu, supaya kau sedar kau tak boleh sewenang wenang nya melayan orang lain sebegini. bila susah kau cari bila senang kau tengking tengking.

Aku tak tahu sampai bila baru kau sedar. Sedar lah wahai insan, yang jika kau terus bersikap sebegini rupa, hidup kau tidak akan ke mana pun. aku sedar siapa aku, sebab itu lah aku malas nak layan perangai kau ini. Sebab aku sedar kita bukan seusia. Dan aku perlu bersikap rasional dan lebih matang. apa aku dapat jika aku terus melawan kau yang sentiasa nak menang???? fFikiran kau masih mentah. Rupa kau cukup dewasa, tapi sayang perangai kau mengalah kan budak yang belum mengambil SPM. Maaf aku terpaksa berkata demikian. Sebab sikap kau pada ku tempoh hari mencermin kan apa yang aku tulis dalam blog ni.

Aku doa kan suatu hari nanti mata kau terbuka luas dan sedar sebelum kau terlambat. Mungkin ini hari ini hari kau, esok hari aku atau orang lain juga. Sama seperti, hari ini kau buat aku macam ini, tapi kau kena ingat dalam tempoh hidup kau yang agak panjang itu, orang lain boleh buat pada kau apa apa pun yang lebih dahsyat daripada yang mampu kau buat. Ini bukan doa, tetapi ini lah yang selalu terjadi pada orang yang suka menganiyai orang lain. Dayus sebab kau tk hormat pada wanita :)

0 kumint:

Post a Comment