CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 15, 2011

Hiba tak terperi, Maisharah

Hi all!
Entry untuk kali ini memang amat sedih. Nenek saya, Hjh Maisharah telah kembali ke Rahmatullah pada jam 1045 am 14th November 2011. Hari lahir nya ada lah pada 10th November lepas. Baru beberapa hari kan. Kata doctor, arwah mempunyai pendarahan otak yang serius. Akibat terlalu stress. Sebab nak kata arwah ada jatuh atau kemalangan, tak ada pula.

Sebenarnya, berlaku perselisihan adik beradik yang membuat kan arwah tak habis habis memikir kan nya. Bayangkan selama setahun arwah tak berjumpa dengan 5 orang anak anak nya. Termasuk lah mak saya sekeluarga. Sebab apa? Sebab kami dihalau atuk. Tak mengapa lah.Mungkin dah nasib. Yang paling terkilan., aku sebagai cucu sulung tak dapat nak spend time dalam masa setahun since raya haji yang lepas sampai lah sekarang. Nak di bandingkan dengan tahun tahun sebelum ini, arwah memang rapat.

Masih teringat- ingat mimik muka macam mana yang arwah suka buat, ap[a hobi dia, apa arwah suka cakap, arwah ni sporting and senang untuk dibuat gurau (maaf ya nenek, sekiranya awien tergurau kasar). Pendek kata arwah ni memang mesra lah dengan aku. Yelah, masa kecil- kecil dulu suka duduk rumah arwah dgn atuk. Petang - petang jalan naik basikal dengan arwah. Tunggu pakcik - pakcik balik dari sekolah. Rasanya, cucu - cucu arwah yang masih muda sekarang tak dapat rasa apa yang aku rasa dulu.


Semalam, kami sekeluarga di beritahu arwah dimasukkan ke ICU Hospital Besar Klang. Mula - mula, ibu tak nak pergi sebab teringat arwah pernah cakap yang dia tak bagi kami jenguk dia. Tapi lepas ayah and aku pujuk, baru ibu nak pergi jenguk. Masa on the way ke hospital, hati rasa tak sedap. Memang betul. Hati tak sedap. Lagi lagi nampak arwah terlandar dalam satu bilik berasingan, dikelilingi macam macam mesin dan wayar. Masa tu sayu hati dan menjadi tanda tanya kenapa nenek jadi macam ni.

Lama jugak aku di hospital tu. Kejap - kejap nadi arwah naik sampai 100 then turun drastik sampai 50. Kemudian naik balik turun. Macam tu lah sepanjang aku melawat arwah. Pilu bertambah bila doctor kata tiada harapan. Ya Allah, aku tak sempat nak berborak dengan arwah sebelum dia pergi. Aku cuma sempat bisik di telinga nya. Memohon ampun dan maaf. Aku cakap, "nenek, awien datang ni. Jenguk nenek. Nenek ingat awien lagi ke tak. Awien doakan untuk nenek. Halalkan makan minum awien."Tu je yang sempat aku ucapkan. Kenudian, air mata arwah mengalir keluar. Walaupun arwah sedang koma, dia boleh dengar tetapi tak dapat respond.

Pagi tadi, jam 1045 am, dapat panggilan mengatakan rwah dah kembali ke Rahmatullah. Aku pun bersiap dan bergegas ke hospital. Sampai je di rumah mayat, aku dan ibu tolong mandikan arwak. "Nenek, masa kecil nenek mandikan awien. Ini lah kesempatan awien nak mandikan nenek dan buat yang terbaik untuk nenek" Kemudian nenek dikafan kan. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar dan selamat/

Jenazah di kebumikan di Bukit Kapar Meru Klang. hati sangat sayu masa tengok jasad nenek hilang dari pandangan semam dikambus dengan tanah. Hiba di hati Allah sahaja yang tahu. Apa yang kami rasa. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman.

Sekarang ni, aku rindu sangat dengan arwah. Sebelum ni tahu arwah tu ada walaupun tak dapat tengok dia. Tapi sekarang bukan lagi macam dulu. Arwah tiada untuk selamaya. Siapa yang awien nak usik lepas ni? Siapa yang nak panggil awien tolong bila ada kenduri atau malam raya? Siapa yang nak jaga nursery bunga arwah? Siapa nak jaga makan pakai atuk. Atuk tak pandai baca dan tulis Melayu. Pandai jawi je. Atuk tak pandai masak. Atuk tak pandai segala - gala nya. Dulu, nak dail number orang pun nenek yang tolong dial kan.

"Akhir sekali, nenek. Awien minta maaf sebab tak dapat nak bawak nenek pergi shopping. Awien pernah cakap dulu awien nak bawak nenek pergi shopping tudung. Awien minta maaf sangat - sangat nenek. Kereta yang awien pakai sekarang, akan buatkan awien rasa dekat dengan nenek. Lagi satu kan, Awien rasa sebak sangat nenek tak dapat tengok cucu nenek kahwin. Tak dapat merasa nak timang cicit. Teringat dulu masa nenek sebelah ayah dapat cicit. Nenek cakap bila lah aku nak pegang cicit macam Tok Wan kau awien. Masa tu awien mampu senyum je nenek."


Al - Fatihah

0 kumint:

Post a Comment